Oct 24, 2009

Tamat Kursus Bestari


Salam..
Alhamdulillah.. setelah 4 minggu berkampung di IPGM-Kampus Pendidikan Islam, Bangi.. maka telah tamatlah slot 4 minggu di kampus berkenaan dalam menimba ilmu dan membina pakej pembelajaran bestari. Kini tiba pula tempoh 4 minggu bagi perlaksanaan pakej & program pembestarian yang akan dipantau oleh pensyarah kursus berkenaan.
InsyaAllah.. dalam masa terdekat ini saya akan cuba memuatkan dalam blog ini apa sahaja bahan yang diperoleh semasa kursus berkenaan agar dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama..

Video Persembahan Multimedia Majlis Penutup

Terus membaca...

Oct 9, 2009

Johan Educational Blogging 2009

Alhamdulillah... bersyukur kehadrat Allah..
Tak di sangka.. buah cempedak jadi nangka..

Dalam kesibukan menghadapi Kursus KDP Guru Bestari di IPGM-Pendidikan Islam di Bangi, selama 4 minggu (28/9 - 23/10), menyiapkan tugasan2 akhir di UPSI &  menyiapkan kerja2 sekolah (semak soalan & sedia soalan final), rupa2nya ada hikmah & rezeki di sebaliknya.

Sungguh tak diduga blog yang pada mulanya dibina sebagai memenuhi tugasan untuk MTM6063.. seterusnya ia didaftarkan dalam pertandingan Educational Blogging 2009, anjuran UPSI. Kini NetBook Toshiba (NB200) telah menjadi milik Insani (admin SifooBestari) kerana Blog Sifoo Bestari telah di pilih sebagai Johan dalam pertandingan tersebut..
Hadiah telah disampaikan oleh Pro Censelor UPSI, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad pada 06/10/2009 dalam Majlis Perasmian Program Bulan Membaca & Hari ICT 2009, UPSI.


Memang tak caya dan tak disangka langsung-langsung.. Tapi hakikatnya kini, posting pada kali ini dibuat menggunakan Netbook yang baru dimenangi.. Alhamdulillah...

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Haji Nazri (lecturer MTM6063), kerana telah memberi peluang, semangat, panduan dan membuka mata dalam penghasilan blog ini. Begitu juga dengan rakan2 dalam kuliah MTM6063 yang banyak memberi idea dan berkongsi ilmu dalam penghasilan blog.

Sememangnya ia telah memberi semangat kepada admin Sifoo Bestari untuk meneruskan usaha bagi menjadikan blog ini suatu medium yang boleh dimanfaatkan oleh pengunjung2nya terutama dalam pendidikan dan info2 berkaitan dengan ICT.

Tahniah juga kepada tempat ke 2 Science For Future dan ke 3 Halaman Sains & Matematik...

Sekian... Syukur kehadrat Allah s.w.t


Hadiah telah disampaikan oleh Pro Censelor UPSI, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad


Bersama Pemenang Tempat Pertama Website Sekolah, Sdr Aizu,
SMK Sri Kandi, Teluk Intan.

Terus membaca...
 

SIFOO BESTARI Copyright © 2009

WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template Modified By INSANI

Paparan Terbaik Dengan Mozila Firefox