Aug 31, 2009

OPEN SOURCE DALAM PENDIDIKAN




PENGENALAN

Setiap perisian yang beroperasi dalam sesebuah komputer dicipta menggunakan bahasa pengaturcaraan. Bahasa ini dicipta sebagai satu langkah untuk memberitahu apa yang komputer perlu lakukan. Arahan ini dikenali sebagai ‘source’ bagi program tersebut.

Open Source merupakan satu cara membangunkan satu projek yang membenarkan seseorang melihat kepada langkah-langkah perkembangan projek itu dan boleh membuat perubahan. Apa yang lebih penting ialah kebolehan untuk melihat kod sesuatu program komputer, membuat perubahan dan mengedarkan semula program yang telah diubah itu.

Perbezaan Open Source dengan Free Software. Free Software merupakan suatu perisian yang boleh diperoleh atau digunakan secara percuma. Namun begitu, perisian ini hanya boleh digunakan sahaja tanpa boleh mengubahsuai program-program yang terdapat di dalamnya. Ini kerana, kod-kod program tersebut dilindungi.


OPEN SOURCE DALAM PENDIDIKAN

Mengatasi masalah kos
Perbelanjaan untuk membeli sebarang perisian adalah sangat tinggi.
Cukai yang ditanggung negara adalah tinggi menyebabkan bajet untuk teknologi dikurangkan.

Mengurangkan ‘Digital Divide’
Jurang digital ialah perbezaan kemahiran atau pengetahuan berkaitan teknologi antara sesebuah komuniti, berdasarkan kelas ekonomi, taraf pendidikan, penempatan, dsb.
Jurang ini disebabkan oleh :
- kesukaran mendapatkan dana (wang)
- kesukaran mendapatkan sumber (bahan/peralatan)
- kekurangan pengetahuan (tiada asas)

Technology support
Sokongan teknologi bagi pengguna ‘open source’ melalui ‘grouping’. Biasanya konsep sokongan adalah ‘many to many’.

Peluang dalam pendidikan teknologi
Satu peningkatan dalam pendidikan kerana memberi peluang kepada pelajar yang tidak dapat menempatkan diri dalam mana-mana kelas.
Kebolehan untuk menilai dan menentukan kualiti sesuatu subjek sebelum membuat permohonan ke kolej.
Boleh mencapai bahan tambahan untuk pembelajaran.


KELEBIHAN “OPEN SOURCE”
Menurut Russell Pavlicek dalam bukunya ‘Embracing Insanity’, menyatakan bahawa perisian ‘open source’ dapat :

Mengutamakan kualiti .
- Selalu mempertingkat dan menambahkan sesuatu perisian
- pengubahsuaian dilakukan dalam ‘team’

Menekankan fleksibiliti

Mengurangkan masa pembinaan perisian .
- Sebab hanya perlu ubahsuai sahaja dan bukan mula dari awal.



PROPIETARY SOFTWARE
Adalah satu istilah untuk mendefinisikan ‘closed source’ yang juga bermaksud licensed software.

OPEN SOURCE VS PROPIETARY

PERKARA
OPEN SOURCE
PROPIETARY
Lesen
·      Memberikan kebebasan dalam  pelbagai penggunaan .
·      Membenarkan penggunaan pada operasi tertentu sahaja
·      Menghalang ubahsuai, edaran semula.
Kawalan
·      Pembekal dan pengguna mempunyai keseimbangan dari sudut komersial
·      Vendor yang mengawal.
·      Biasanya vendor membuat pelaburan yang besar terhadap perisian, latihan untuk membina halangan pengubahsuaian suatu perisian seterusnya mengekang penggunaan konsumer.
Inovasi
·      Cepat dan meluas.
·      Pembekal dan pengguna saling bekerjasama
·      Terhad kepada pelaburan vendor.
·      Aras inovasi yang rendah.      
Keselamatan dan kebolehpercayaan
·      Perisian open source adalah lebih selamat dan boleh dipercayai.
·      Open source mengecilkan dan menyeimbangkan suatu kumpulan pakar.
·      Kurang baik berbanding open source software.


TEKNOLOGI 'OPEN SOURCE'

Open source sudah hampir 20 tahun berjaya dalam penghasilan perisian utama, kebanyakannya adalah infrastruktur domain iaitu protokol penggunaan, servers, pembinaan rangka kerja dan utiliti yang membolehkan program emel, browsers dan aplikasi lain yang kita perlukan.

Terdapat ribuan perisian aplikasi open source di seluruh pelosok dunia ini.
Namun begitu, berikut merupakan antara perisian yang bersesuaian dengan bidang pendidikan :

LINUX - www.linux.org
- Red Hat Linux dari Linux merupakan sebaran yang paling cepat di United States.
- Ia menawarkan kemudahan penyediaan, penggunaan dan penyelenggaraan.
- Satu lagi sebaran yang juga cepat ialah Yellow Dog Linux. Ia berasaskan Red Hat. Kedua-dua cara ini boleh memberi nyawa baru kepada komputer lama.
- Linux mempunyai reputasi yang menjalankan mesin-mesin lama dan tua. Ini merupakan satu bonus di mana ada sesetengah sekolah sememangnya mempunyai peralatan yang sudah lama.

OPEN OFFICE - www.openoffice.org
- Open Office merupakan satu alternatif yang sangat baik bagi menggantikan Microsoft Office.
- Ia boleh berfungsi dalam mana-mana platform utama dan ia merupakan percuma sama sekali.
- Justeru itu, sekolah tiada lagi masalah untuk mencari dana bagi membeli lesen untuk MS Office.

uPORTAL - www.uportal.org
- uPortal adalah percuma, boleh berkongsi portal di bawah satu perkembangan oleh sesuatu institusi pendidikan.
- Kumpulan ini melihat sesebuah portal institusi sebagai satu abridged dan diubahsuai oleh institusi tersebut. Versi Web Kampus bersaiz poket.
- Teknologi portal ini menambah ‘pengubahsuaian’ dan ‘komuniti’ kepada Web Kampus yang telah sedia ada.
- Pengubahsuaian membenarkan setiap pengguna menghasilkan sebuah web kampus yang unik dan menarik.

LAMS - www.lamsfoundation.org/

- LAMS International dan LAMS Foundation diuruskan oleh Macquarie University in Sydney Australia.
- LAMS merupakan satu revolusi terhadap rekabentuk, pengurusan dan penyampaian aktiviti pembelajaran kolaboratif secara online.
- Ia menyediakan pendidik dengan langkah-langkah secara visual untuk membina urutan aktiviti pembelajaran.
- Aktiviti-aktiviti ini termasuk beberapa tugasan individu, projek berkumpulan dan aktiviti keseluruhan kelas berdasarkan isi kandungan dan kolaborasi.
- LAMS menggalakkan guru mahupun pelajar untuk meningkatkan tahap interaksi dan kepuasan yang seterusnya dapat meningkatkan pembelajaran.

MOODLE - www.moodle.org
- Moodle ialah satu course management system (CMS) – satu pakej perisian yang direka untuk membantu pendidik merekabentuk kursus-kursus online yang berkualiti.
- Seperti sistem e-learning yang kadangkala dikenali dengan Learning Management Systems (LMS) atau Virtual Learning Environments (VLE).
- Salah satu kelebihan utama dalam Moodle ialah ia mempunyai asas yang kuat dalam social constructionist pedagogy, ODBC dan sebagainya.
- Moodle boleh digunakan dalam 40 bahasa.



KESIMPULAN

Bidang pendidikan sebenarnya boleh mendapat pelbagai kebaikan dan faedah dengan menggunakan open source. Namun begitu terdapat beberapa golongan yang masih belum atau tidak mahu menggunakannya.
Sebab utama mungkin adalah kerana kurangnya pengetahuan tentang OpenSources.Kebanyakan orang masih tidak tahu apa itu open source.

Dalam era globalisasi, pendidikan negara harus melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi dengan melakukan satu anjakan paradigma.
Senjata yang paling berkesan adalah dengan peningkatan teknologi dan kemudahan untuk berubah.
Potensi pendidikan negara kita belum lagi dapat ditonjolkan secara maksimum dengan sistem yang sedia ada.
Mungkin, open source akan menjadi satu titik permulaan bagi pembentukan pendidikan yang boleh dikagumi.



RUJUKAN

Eric Raymond (2000). The Cathedral and the Bazaar. http://www.catb.org/~esr/writings/cathedral-bazaar/cathedral-bazaar/

Steven Weber (April 2004). The Success of Open Source. Harvard University Press. http://www.hup.harvard.edu/catalog/WEBSUC.html

Open Source and Free Software-Concepts Controversies, and Solutions, http://epresence.tvwebsite_archived.aspx?dir=May~9-11,~2004:~Open
~Source~and~Free~Software:~Concepts,~Controversies~and~Solutions

Bradley C. Wheeler (2004). Open Source 2007: How Did This Happen? EDUCAUSE Review, vol. 39, no. 4 (July/August 2004): 12–27. http://www.educause.edu/pub/er/erm04/erm0440.asp

Josh Lerner, Jean Tirole, National Bureau of Economic Research (March 2000). The simple Economics of Open Source. http://www.people.hbs.edu/jlerner/simple.pdf
Florence Olsen (August 2003). Sharing the Code. The Chronicle of Higher Education. http://chronicle.com/free/v49/i47/47a03101.htm

Trask, Gallagher, Harden, Smith (January 2002). Understanding Open Source: Investigating an Alternative Software Development Model for the Postsecondary Market. http://www.eduventures.com/research/industry_research_resources/opensource.cfm
Terus membaca...

INTEL vs AMD



Anda menggunakan processor yang mana..? Sama ada Intel atau AMD... masing-masing ada kelebihan & kekurangan. Anda di pihak yang mana...???
Terus membaca...

Aug 28, 2009

Proposal Pembinaan Koswer

Proposal yang telah dibentangkan dan telah juga diperbaiki pada semester 2 bagi Kursus MTM6013-Teori & Reka Bentuk Instraksional sebelum pembinaan Story Board di buat.


Terus membaca...

Contoh Story Board

Beberapa Story Board yang telah dibina menggunakan format *.ppt pada semester 2 bagi Kursus MTM6013-Teori & Reka Bentuk Instraksional, sebelum perisian sebenar di bina. Story Board yang dipaparkan di sini hanya 10 bahagian sahaja yang diambil daripada yang asal (60 bahagian) untuk dijadikan sebagai contoh dan memudahkan paparan (loading time) di sini .


Terus membaca...

Aug 25, 2009

Pengenalan Program ICTL Menengah

ICTL for Secondary Schools merupakan kesinambungan daripada program ICTL yang dilaksanakan diperingkat sekolah rendah. Objektif program ini adalah untuk menghasilkan pelajar yang celik komputer, selaras dengan aspirasi Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan insan individu yang holistik yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara kandungan yang terdapat dalam program ini ialah pengurusan, perkakasan komputer, perisian dan nerwork dan internet. Dalam hal ini pelajar lebih didedahkan kepada kemahiran hands-on di samping pengetahuan berkaitan semasa menjalankan aktiviti berkenaan.(Bahagian Perkembangam Kurikulum, KPM).

KERANGKA PROGRAM ICTL SEKOLAH
Dibahagikan kepada empat bahagian:
A. Pengurusan Lab Komputer
B. Perkakasan Komputer.
C. Perisian Komputer
D. Jaringan dan Internet.
**P&P dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Setiap komponen terdiri daripada bidang pelajaran, yang dibahagi dalam ruang lingkup isi sebagai berikut:

A. Computer Lab Management
1. Computer Lab Regulations
    1.1 Computer Lab Rules
    1.2 User
    1.3 Equipment
    1.4 Data and User Security
2. Lab Organisation
    2.1 Organisation Chart
    2.2 Computer Lab Timetable
    2.3 Logbook
3. Ethics in Using Computer
    3.1 Copyright
    3.2 Unethical use of Computers

B. Computer Hardware
1. Introduction to Computers
    1.1 Evolution of the Computer
    1.2 Types of Computers
2. Computer Parts & Components
    2.1 Overview of Computer System
    2.2 System Unit
    2.3 Peripherals
    2.4 Input Devices
    2.5 Output Devices
    2.6 Storage Devices
3. Basic Maintenance
    3.1 Handling Input and Output Devices
    3.2 Computer Settings
4. Technology Development
    4.1 Current Development of Hardware Technology

C. Computer Software
1. Introduction to Computer Software
    1.1 Definition
    1.2 Usage
    1.3 Types of Software
2. Operating System (OS)
   2.1 Introduction to Operating System
   2.2 OS Interface Environment
   2.3 File Management
3. Utilities Software
   3.1 OS based Utility
   3.2 Non-OS based Utility
4. Application Software
   4.1 Introduction to Application Software
   4.2 Installing and Uninstalling Application Software
5. Word Processing Software
   5.1 Introduction to Word Processing Software
   5.2 Starting Word Processing Software
   5.3 Creating Document
   5.4 Editing Document
   5.5 Mail Merge
6. Spreadsheet Software
   6.1 Introduction to Spreadsheet Software
   6.2 Starting Spreadsheet Software
   6.3 Creating Worksheet
   6.4 Editing Worksheet
7. Presentation Software
   7.1 Concept of Multimedia
   7.2 Steps in Multimedia
   7.3 Introduction to Presentation Software
   7.4 Starting Presentation Software
   7.5 Creating Presentation
   7.6 Editing Presentation
8. Database Software
   8.1 Introduction to Database Software
   8.2 Starting Database Software
   8.3 Creating Database
   8.4 Editing Database
   8.5 Getting External Data
9. Programming
   9.1 Introduction to Programming
   9.2 Steps in Programming development
   9.3 Developing a simple programme

D. Networks and The Internet
1. Networks
   1.1 Introduction to Networks
   1.2 Types of Networks
   1.3 Networks Topology
   1.4 Shared Documents
   1.5 Shared Hardware
   1.6 Current Technology in Computer Networks
2. The Internet
   2.1 Introduction to The Internet
   2.2 Internet Requirements
   2.3 Internet Applications
   2.4 Internet Communications
   2.5 Netiquette
   2.6 Cyber Law
3. Website
   3.1 Introduction to Website
   3.2 Developing a Website
Terus membaca...

Perlaksanaan Program ICTL Menengah

Di sini disediakan beberapa pautan (link) berkaitan dengan informasi perlaksanaan Program ICTL sekolah menengah khususnya bagi daerah Klang, Selangor. Semua link adalah dari Laman Web KUTV PPD Klang. Maklumat ini sangat berguna terutamanya kepada guru-guru yang baru mengajar bagi program ini..

1. Surat Pekeliling Perlaksanaan ICTL.

2. Bahan Taklimat daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.

3. Bahan Taklimat daripada Jabatan Pelajaran Selangor.

4. Bahan Taklimat Kursus ICTL PPD Klang.

5. Laporan Kursus ICTL Sekolah Menengah Daerah Klang.

6. Bahan Kursus ICTL Sekolah Menengah Daerah Klang.

7. Borang Instrumen Pemantauan ICTL Sekolah Menengah.
Terus membaca...

Nota Computer Hardware: Evolution and Types of the Computers

Salam...
Nota dalam format powerPoint ini, boleh digunakan oleh guru dalam P&P ICTL sebagai penerangan di dalam kelas dan oleh murid untuk print sebagai nota atau menyalinnya dalam buku nota...

Terus membaca...

Bahan BPK - ICTL Menengah

Bahagian ini pautan bahan dari Laman Web Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru dan juga murid boleh memaparkan dan juga muat turun bahan-bahan tersebut sebagai panduan untuk pembelajaran dan pembelajaran.

1. ICTL for Secondary School Guideline. **

2. ICTL Module. **

3. Aplication Software

** Memerlukan perisian Acrobat Reader untuk memaparkannya.
     Download sini jika tiada.
Terus membaca...

Nota Computer Hardware: Overview of Computer System

Salam...
Nota dalam format powerPoint ini, boleh digunakan oleh guru dalam P&P ICTL sebagai penerangan di dalam kelas dan oleh murid untuk print sebagai nota atau menyalinnya dalam buku nota.

Terus membaca...

Nota Computer Hardware: System Unit

Salam...
Nota dalam format powerPoint ini, boleh digunakan oleh guru dalam P&P ICTL sebagai penerangan di dalam kelas dan oleh murid untuk print sebagai nota atau menyalinnya dalam buku nota.

Terus membaca...

Nota Computer Hardware: Peripheral

Salam...
Nota dalam format powerPoint ini, boleh digunakan oleh guru dalam P&P ICTL sebagai penerangan di dalam kelas dan oleh murid untuk print sebagai nota atau menyalinnya dalam buku nota...

Terus membaca...
 

SIFOO BESTARI Copyright © 2009

WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template Modified By INSANI

Paparan Terbaik Dengan Mozila Firefox