Aug 31, 2009

OPEN SOURCE DALAM PENDIDIKAN




PENGENALAN

Setiap perisian yang beroperasi dalam sesebuah komputer dicipta menggunakan bahasa pengaturcaraan. Bahasa ini dicipta sebagai satu langkah untuk memberitahu apa yang komputer perlu lakukan. Arahan ini dikenali sebagai ‘source’ bagi program tersebut.

Open Source merupakan satu cara membangunkan satu projek yang membenarkan seseorang melihat kepada langkah-langkah perkembangan projek itu dan boleh membuat perubahan. Apa yang lebih penting ialah kebolehan untuk melihat kod sesuatu program komputer, membuat perubahan dan mengedarkan semula program yang telah diubah itu.

Perbezaan Open Source dengan Free Software. Free Software merupakan suatu perisian yang boleh diperoleh atau digunakan secara percuma. Namun begitu, perisian ini hanya boleh digunakan sahaja tanpa boleh mengubahsuai program-program yang terdapat di dalamnya. Ini kerana, kod-kod program tersebut dilindungi.


OPEN SOURCE DALAM PENDIDIKAN

Mengatasi masalah kos
Perbelanjaan untuk membeli sebarang perisian adalah sangat tinggi.
Cukai yang ditanggung negara adalah tinggi menyebabkan bajet untuk teknologi dikurangkan.

Mengurangkan ‘Digital Divide’
Jurang digital ialah perbezaan kemahiran atau pengetahuan berkaitan teknologi antara sesebuah komuniti, berdasarkan kelas ekonomi, taraf pendidikan, penempatan, dsb.
Jurang ini disebabkan oleh :
- kesukaran mendapatkan dana (wang)
- kesukaran mendapatkan sumber (bahan/peralatan)
- kekurangan pengetahuan (tiada asas)

Technology support
Sokongan teknologi bagi pengguna ‘open source’ melalui ‘grouping’. Biasanya konsep sokongan adalah ‘many to many’.

Peluang dalam pendidikan teknologi
Satu peningkatan dalam pendidikan kerana memberi peluang kepada pelajar yang tidak dapat menempatkan diri dalam mana-mana kelas.
Kebolehan untuk menilai dan menentukan kualiti sesuatu subjek sebelum membuat permohonan ke kolej.
Boleh mencapai bahan tambahan untuk pembelajaran.


KELEBIHAN “OPEN SOURCE”
Menurut Russell Pavlicek dalam bukunya ‘Embracing Insanity’, menyatakan bahawa perisian ‘open source’ dapat :

Mengutamakan kualiti .
- Selalu mempertingkat dan menambahkan sesuatu perisian
- pengubahsuaian dilakukan dalam ‘team’

Menekankan fleksibiliti

Mengurangkan masa pembinaan perisian .
- Sebab hanya perlu ubahsuai sahaja dan bukan mula dari awal.



PROPIETARY SOFTWARE
Adalah satu istilah untuk mendefinisikan ‘closed source’ yang juga bermaksud licensed software.

OPEN SOURCE VS PROPIETARY

PERKARA
OPEN SOURCE
PROPIETARY
Lesen
·      Memberikan kebebasan dalam  pelbagai penggunaan .
·      Membenarkan penggunaan pada operasi tertentu sahaja
·      Menghalang ubahsuai, edaran semula.
Kawalan
·      Pembekal dan pengguna mempunyai keseimbangan dari sudut komersial
·      Vendor yang mengawal.
·      Biasanya vendor membuat pelaburan yang besar terhadap perisian, latihan untuk membina halangan pengubahsuaian suatu perisian seterusnya mengekang penggunaan konsumer.
Inovasi
·      Cepat dan meluas.
·      Pembekal dan pengguna saling bekerjasama
·      Terhad kepada pelaburan vendor.
·      Aras inovasi yang rendah.      
Keselamatan dan kebolehpercayaan
·      Perisian open source adalah lebih selamat dan boleh dipercayai.
·      Open source mengecilkan dan menyeimbangkan suatu kumpulan pakar.
·      Kurang baik berbanding open source software.


TEKNOLOGI 'OPEN SOURCE'

Open source sudah hampir 20 tahun berjaya dalam penghasilan perisian utama, kebanyakannya adalah infrastruktur domain iaitu protokol penggunaan, servers, pembinaan rangka kerja dan utiliti yang membolehkan program emel, browsers dan aplikasi lain yang kita perlukan.

Terdapat ribuan perisian aplikasi open source di seluruh pelosok dunia ini.
Namun begitu, berikut merupakan antara perisian yang bersesuaian dengan bidang pendidikan :

LINUX - www.linux.org
- Red Hat Linux dari Linux merupakan sebaran yang paling cepat di United States.
- Ia menawarkan kemudahan penyediaan, penggunaan dan penyelenggaraan.
- Satu lagi sebaran yang juga cepat ialah Yellow Dog Linux. Ia berasaskan Red Hat. Kedua-dua cara ini boleh memberi nyawa baru kepada komputer lama.
- Linux mempunyai reputasi yang menjalankan mesin-mesin lama dan tua. Ini merupakan satu bonus di mana ada sesetengah sekolah sememangnya mempunyai peralatan yang sudah lama.

OPEN OFFICE - www.openoffice.org
- Open Office merupakan satu alternatif yang sangat baik bagi menggantikan Microsoft Office.
- Ia boleh berfungsi dalam mana-mana platform utama dan ia merupakan percuma sama sekali.
- Justeru itu, sekolah tiada lagi masalah untuk mencari dana bagi membeli lesen untuk MS Office.

uPORTAL - www.uportal.org
- uPortal adalah percuma, boleh berkongsi portal di bawah satu perkembangan oleh sesuatu institusi pendidikan.
- Kumpulan ini melihat sesebuah portal institusi sebagai satu abridged dan diubahsuai oleh institusi tersebut. Versi Web Kampus bersaiz poket.
- Teknologi portal ini menambah ‘pengubahsuaian’ dan ‘komuniti’ kepada Web Kampus yang telah sedia ada.
- Pengubahsuaian membenarkan setiap pengguna menghasilkan sebuah web kampus yang unik dan menarik.

LAMS - www.lamsfoundation.org/

- LAMS International dan LAMS Foundation diuruskan oleh Macquarie University in Sydney Australia.
- LAMS merupakan satu revolusi terhadap rekabentuk, pengurusan dan penyampaian aktiviti pembelajaran kolaboratif secara online.
- Ia menyediakan pendidik dengan langkah-langkah secara visual untuk membina urutan aktiviti pembelajaran.
- Aktiviti-aktiviti ini termasuk beberapa tugasan individu, projek berkumpulan dan aktiviti keseluruhan kelas berdasarkan isi kandungan dan kolaborasi.
- LAMS menggalakkan guru mahupun pelajar untuk meningkatkan tahap interaksi dan kepuasan yang seterusnya dapat meningkatkan pembelajaran.

MOODLE - www.moodle.org
- Moodle ialah satu course management system (CMS) – satu pakej perisian yang direka untuk membantu pendidik merekabentuk kursus-kursus online yang berkualiti.
- Seperti sistem e-learning yang kadangkala dikenali dengan Learning Management Systems (LMS) atau Virtual Learning Environments (VLE).
- Salah satu kelebihan utama dalam Moodle ialah ia mempunyai asas yang kuat dalam social constructionist pedagogy, ODBC dan sebagainya.
- Moodle boleh digunakan dalam 40 bahasa.



KESIMPULAN

Bidang pendidikan sebenarnya boleh mendapat pelbagai kebaikan dan faedah dengan menggunakan open source. Namun begitu terdapat beberapa golongan yang masih belum atau tidak mahu menggunakannya.
Sebab utama mungkin adalah kerana kurangnya pengetahuan tentang OpenSources.Kebanyakan orang masih tidak tahu apa itu open source.

Dalam era globalisasi, pendidikan negara harus melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi dengan melakukan satu anjakan paradigma.
Senjata yang paling berkesan adalah dengan peningkatan teknologi dan kemudahan untuk berubah.
Potensi pendidikan negara kita belum lagi dapat ditonjolkan secara maksimum dengan sistem yang sedia ada.
Mungkin, open source akan menjadi satu titik permulaan bagi pembentukan pendidikan yang boleh dikagumi.



RUJUKAN

Eric Raymond (2000). The Cathedral and the Bazaar. http://www.catb.org/~esr/writings/cathedral-bazaar/cathedral-bazaar/

Steven Weber (April 2004). The Success of Open Source. Harvard University Press. http://www.hup.harvard.edu/catalog/WEBSUC.html

Open Source and Free Software-Concepts Controversies, and Solutions, http://epresence.tvwebsite_archived.aspx?dir=May~9-11,~2004:~Open
~Source~and~Free~Software:~Concepts,~Controversies~and~Solutions

Bradley C. Wheeler (2004). Open Source 2007: How Did This Happen? EDUCAUSE Review, vol. 39, no. 4 (July/August 2004): 12–27. http://www.educause.edu/pub/er/erm04/erm0440.asp

Josh Lerner, Jean Tirole, National Bureau of Economic Research (March 2000). The simple Economics of Open Source. http://www.people.hbs.edu/jlerner/simple.pdf
Florence Olsen (August 2003). Sharing the Code. The Chronicle of Higher Education. http://chronicle.com/free/v49/i47/47a03101.htm

Trask, Gallagher, Harden, Smith (January 2002). Understanding Open Source: Investigating an Alternative Software Development Model for the Postsecondary Market. http://www.eduventures.com/research/industry_research_resources/opensource.cfm

0 Komen:

Post a Comment

 

SIFOO BESTARI Copyright © 2009

WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template Modified By INSANI

Paparan Terbaik Dengan Mozila Firefox